Isnin, 31 Disember 2012

Rindunya Uitm Dungun

Assalamualaikum 

Rindunya Uitm Dungun, rindu sangat - sangat . Jelous sangat bila tengok kengkawan semua duk update status cakap pasal nak balik Uitm. Yelaa, cuti midterm dah habis dah. Sayu je hati, meronta - ronta nak pergi Uitm jugak. Tapi nak buat macam mana, dah bukan student Uitm Dungun dah :'(

Ahad, 23 Disember 2012

Banjir oh banjir

Assalamualaikum 

Hari ni tade pape aktiviti outdoors yang boleh dilakukan sebab hujan tak henti - henti dari malam tadi . Ceh, cakap banyak pulak kan, kalo tak hujan pun tade maknanya nak kua rumah, terperuk jelaaa. So, hujan yang teramat lebat ni tidak menjejaskan pape aktiviti cyfa. No wonder laa banjir kat area Pantai Timur ( Terengganu, Kelantan, Pahang ) . Seronok pulak tengok bebudak yang tinggal berdekatan dengan rumah cyfa ni bangun di awal pagi semata - mata nak g main air, lagi - lagi tengah teruja dengan cuti sekolah ni kan. Nasib lah banjir yang biasa - biasa je, kalau tak tadenya seronok tengok bebudak main air, bimbang ada laaa takot terjadi pape yang tidak diingini. Walaupun pape pun, tak kira banjir tu biasa - biasa @ luar biasa, tetap boleh mengundang bahaya, keselamatan itu haruslah menjadi keutamaan dan penduduk haruslah mengambil langkah berjaga - jaga untuk memelihara kesihatan dan mengelak kecederaan ketika banjir . Jangkitan penyakit, terutamanya bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria, fungus) dan parasit (seperti cacing) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan. Dalam pada itu, serpihan berbahaya seperti kayu, kaca dan bahan kimia di dalam air banjir boleh menyebabkan kecederaan.

Amalan penjagaan kebersihan dengan membasuh tangan menggunakan sabun dan air yang bersih amat perlu:

- Sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
- Selepas ke tandas.
- Selepas aktiviti pembersihan.
- Selepas menyentuh barang-barang yang dicemari air banjir atau air kumbahan.

Uitm tetap di hatiku

Hi,  it's been a long time that I didn't update my blog kan ? pheuwww pheuwww ( sambil meniup habuk ). Sejak semester baru bermula, maka tak luang lah masa kat sini, kesian comel cyfa, maafkan saya ! Okay, dah dah.. makin meriah pulak kau merepek yang entah pape cyfa, dah macam nenek tua pulak ..
Sekarang cuti midsem dah bermula, wahh seronok gitu ! Tapi bagi student UITM lah, cyfa ni dah jadi BEKAS student UITM bermula 19/12/2012 yang lalu.. 

Sedih makk oii, tapi nak buat macam mana, jodoh antara UITM ngan cyfa hanya untuk seketika , cyfa redha lagipun cyfa tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup cyfa. Belajar tetap belajar, yang membezakannya dulu bergelar student Banking Management di UITM tetapi bermula 2/1 / 2013 akan bermula sebagai seorang student separa perubatan. Tipu lah kalau cyfa cakap takde langsung perasaan SAYANG untuk meninggalkan Uitm Dungun yang telah sebati dalam hidup cyfa selepas SPM, tetapi nak tak nak cyfa kena terima dan akur dengan keputusan keluarga . Lagipun mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk cyfa, lagi - lagi sebagai seorang anak dan cucu sulong dalam keluarga. Memang lah teruja masa dapat tawaran ni tapi bila tiba saat berpisah, hati ni meronta - ronta tanak tinggalkan Uitm. Tapi mak cakap " mula - mula memang lah akan rasa sedih untuk meninggalkan Uitm tu, suasana belajar kat sana, kengkawan, orang yang tersayang, tapi bila dah g sana, kita akan belajar menerima satu suasana dan pengalaman baru dan lama - lama nanti kita akan terbiasa dan menyukainya "
So, why not kita dengar nasihat orang yang banyak makan asam garam daripada kita kan, lagi - lagi ibu kita sendiri. Jadi, cyfa decided untuk berhenti belajar di Uitm, bertemankan orang yang tersayang, cyfa melangkahkan kaki ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengambil borang undur diri..
Semakin bersemangat apabila staff yang memberikan cop pelepasan di setiap department mengucapkan sekalung tahniah dan memberikan kata - kata semangat. Sebelum tu memang dah terlebih semangat bila orang yang tersayang tak jemu - jemu memberikan kata - kata semangat dan perangsang di saat cyfa confused, tertekan, sedih,  dan menghadapi bermacam masalah  . Sangat bangga dengan dirinya walaupun sedih untuk berpisah, tetapi tak putus - putus naikkan semangat cyfa, thank you my dear :)
 Walaupun dah ex - student UITM, tetapi UITM tetap di hati ku, sentiasa dan sokmo - sokmo . Terima kasih kerana bagi peluang kat cyfa belajar kat situ. Sayang UITM ketat - ketat, muaaaaaaahhh :*