Khamis, 2 Februari 2012

Ingatlah kawan - kawanku..


Bila engkau memandang segalanya daripada Tuhanmu

Yang menciptakan segalanya

Yang menimpakan ujian

Yang menjadikan sakitnya hatimu

Yang membuatkan keinginanmu terhalang

Serta menyusahkan hidupmu

                    Percayalah, pasti akan damai hatimu

Kerana tak mungkin Allah sengaja mentakdirkan segalanya

Untuk sesuatu yang sia-sia

Bukan Allah tidak tahu deritanya hatimu

Retaknya hatimu

Tapi mungkin itulah yang Dia mahu

Kerana Dia tahu hati yang sebeginilah

Yang selalunya lebih lunak dan mudah

Untuk dekat dan akrab denganNya