Jumaat, 31 Ogos 2012

Muhasabah diri :)


Assalamualaikum :)
Hari ni, aku renungkan apa yang pernah aku lalui selama 19 tahun ni.. Semuanya macam dah kabur diingatan tapi ada yang masih segar diingatan.. Dah 19 tahun aku dimuka bumi ini rupa - rupanya..
Begitu pantas masa berlalu kan.. aku fikir balik apa yang aku pernah capai selama ni dan apa yang belum aku capai lagi buat masa ni..
Alhamdulillah sesangat, aku rasa dah banyak Tuhan curahkan rezeki kat aku,.. Aku jek yang tak perasan dan tak ambik tahu semua tu.. Aku mula merancang perjalanan aku untuk beberapa tahun yang akan datang dan dari situ aku sedar betapa jauhnya perjalanan aku kat bumi ni sekiranya aku panjang umur lagi...
Dah banyak sangat aku lalui dan tempuh selama ni dan untuk capai apa yang aku rancang di masa hadapan nanti, aku harus bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai onak dan duri kehidupan..  



* Alhamdulillah, dah 19 tahun aku di bumi yang bulat ni :)

Bila aku tengok orang - orang yang bijak pandai di sekeliling aku, aku terkedu..
Aku yang tak pandai atau usaha aku yang belum mencukupi lagi ?
Kata ibuku, semua orang tak bodoh kat bumi ni tapi yang membezakan kita hanya lah usaha.. kalau kita usaha lebih, makan hasilnya akan lebih :)
Aku pernah gagal, tapi aku tahu itu adalah ujian yang Allah turunkan untuk aku..
Allah takkan bagi sesuatu ujian itu kepada hambaNya kalau DIA tahu hambanya tidak mampu untuk melaluinya :)
Lagipun, daripada kegagalan itu terhasilnya kejayaan ..
Maka, kesabaran itu penting..

To my dear HATERS !

Assalamualaikum you olls :)
Okay entry kali ni cyfa tujukan buat si
HATERS yang disayangi..
DISAYANGI
?? err sayang ke weh ?
" Sayang sesangat, sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raga "
So dear
HATERS, terharu tak aku sayang kau ?? mesti kau terharu gila kan :D
Sakan ey kau sekarang buruk2 kan aku..
Actually aku nak ucap terima kaseh sesangat, ingat jugak kau kat aku ya.. kalau tak, takde laa kau asyik bercerita je pasal aku kat orang lain .. wah,
TERHARU beb :/


* NAH, UNTUK TATAPAN KAU SAYANG ( kata - kata tu aku tujukan untuk kau )

Aku tak kisah laaaaa kau tu tanak stop buruk2 kan aku kat orang lain.. kekadang kelakar jugak bila dapat tahu cerita yang kau reka dan cipta tu..  Sebenarnya kan , kau ni BIJAK sangat, tapi sayang kau tak guna kebijakkan kau tu dengan sebaiknya.. daripada kau dok buat cerita pasal aku tu kan, aku rasa better kau buat novel then kau publish.. dapat jugak jadi bahan hiburan orang ramai.. kan kan you ollsss ? :D
Aku tak benci kau, buat laaa apa yang kau nak buat selagi kau mampu.. teruskan berkata - kata, selagi kau tak penat bukak mulut kau tu.. aku sikit pom tak heran kalau kau benci aku sebab tak menjejaskan aku pun.. aku takde laaa nak berdendam ngan kau, aku nak diam je dan tengok apa pulak step kau pasni..
Ohh yaaa, kalau kau baca entry aku ni , no hurt no feeling ey.. kalau kau rasa kau tak salah, kau takkan melenting .. heeee :) kan sayang ?

Okay laaaaaaa, to my dear HATERS ( malas nak mention nama ), selamat hari raya tau... maaf, zahir dan batin.. AKU SAYANG KAU :)

Jumaat, 24 Ogos 2012

Engagement

Assalamualaikum semua :)
okay, mata tak ngantuk lagi walhal da nak pukul 2 pagi da..
hayya !
Oh yaa,apa hal ngan tajuk entry kali ni nih.. tunang ?? cyfa ke ?? oppss, bukan cyfa tapi kakak sedare cyfa yang tunang.. so,tengahari tadi kakak sepupu cyfa bertunang.. tu pun cyfa tahu last2 minit da.. so takde laaa tolong pape, tolong makan aje lah.. heee :)
* otw pergi sana, snap dulu :)

Sampai je sana kan, teruja sangat sebab tema pertunangan kakak sepupu cyfa tu warna pink.. favourite colour tu :D
walaupun pelamin tu simple tapi cantik sangat.. buat sendiri pulak tu, kira puas hati laaaa kan.. jimat bajet.. tunggu punya tunggu, rombongan pun sampai.. 
WAH, BAGAI PINANG DI BELAH EMPAT .. SEPADAN..
masing - masing bertubuh kecik molek, kacak dan cantik.. sweet sangat :)
tetibe excited nak tunang jugak. haih !
gedik je kan.. nak share pelamin tu tapi ada dalam handphone mama,, mama dah tido.. lain kali laa erkk..

* otw balik umah da :)
Cyfa doakan agar kakak sepupu cyfa tu cepat kawen dan berkekalan hingga ke anak cucu.. amin :)

Persediaan raya 2012 :)


*sebelum bertolak balik raya :)
Assalamualaikum..
Dah berhabuk da blog ni, dah lama tak conteng menyonteng kan..Agak busy laaa sepanjang cuti untuk raya ni..raya kali ni, tade laaa bersemangat sangat.. baju raya pun cari last minit.. mula - mula tema kitaorang satu family tetapkan warna hijau tetapi tetibe tem kawen mak sedara pun kalau ijau.. so, takkan nak pakai baju warna yang sama nanti raya kan.. so, tukar warna oren.. nice colour :)
first day cari baju raya, takde yang berkenan kat hati.. lau ada pun, tade saiz cyfa..ponat betol, sehinggakan adeq bongsu cyfa cuak cari baju..setelah da penat sangat, kitaorang balik.. so keluar hari ni tade pulangan laaa.. so, second day ( sehari sebelum raya ) cyfa keluar pulak cari baju raya.. Alhamdulillah, cari punya cari jumpa baju untuk adeq then cyfa try pulak cari baju untuk cyfa.. alhamdulillah jumpa gak akhirnya :)
senyum sampai ke telinga :D
Sampai je kat umah, terus buat keje kat dapur.. preparation untuk raya laaa katakan.. tahun ni buat satey.. tapi yang pasti cyfa mang takkan cari tukang membakat satey laaaa, tolong cucuk2 , potong2 ayam tu okay laaa.. heeee :)

kira rajin jugak laaaa kan..


* haaa inilah kami di pagi raya :)

pape pom selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin..

Selasa, 14 Ogos 2012

Mood belajar HILANG !!






Assalamualaikum semua :)
Tengah buat apa ey ? mesti semua ngah siduk ngan preparation untuk raya kan ? samalah cyfa.. disebabkan raya akan tiba tak lama lagi, maka dengan ini mood belajar pun dah takde..hoho !
sebenarnya bukan excited nak raya tapi excited nak balik umah.. berbuka ngan family dengan masakan mak cyfa..yummy !
Lam kelas pun lesu je, fikiran melayan kat lain da.. jiwa, hati dan semua2 lah ada kat umah da.. hayya !
Oppsss.. i'm so sorry my lovely lecturer.. bukan ku pinta begini.. huahuahua :)
ohh.. okay laaa, nak sambung membaca dulu.. esok ada quiz marketing !|
yuk kejar
DEAN LIST :D

Selasa, 7 Ogos 2012

Cemburu ??




Daripada curiga,
terbit rasa cemburu..

Daripada cemburu,
dilepaskan rasa hati yang terbuku...

Akhirnya curiga dan cemburu
mengundang bergolaknya ikatan sah yang kian bersatu...

Artikel ini kudedikasikan buat yg takut hak milik bukan menjadi miliknya....
Perasaan cemburu ada pada semua orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Setuju tak dengan pendapat cyfa?? Namun inilah hakikatnya. Cemburu lelaki dengan perempuan memang berbeza. Lelaki kalau cemburu lebih cenderung menggunakan pertimbangan rasional berbanding wanita. Sebab tu lelaki lebih mampu mengawal rasa cemburu. Bahkan dalam keadaan tertentu mereka mampu meneutralkannya..
Jom kita selusuri kisah Saidatina Aisyah r.a yang sememangnya juga ada rasa cemburu di dalam riwayatnya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.... Aisyah adalah isteri Rasulullah yang cantik, muda dan cerdas. Namun Aisyah tetap berasa cemburu apabila Rasulullah s.a.w bersama dengan isteri - isterinya yang lain.. see, so normal laaa kan perasaan cemburu tu :)