Dalam langkahku menyusuri kehidupan.. Terkadang diri diuji oleh sang pencipta.. Terkadang ujian itu amat perit dan menyakitkan untuk dihadapi.. Tidak ditempah hidup sengsara kerana ia suratan nasib yang melanda..
Namun diri ini tidak lupa akan hikmahnya.. Mengapa ujian itu diturunkan kepada diri ini.. Betapa Allah amat menyayangi setiap hambanya.. Walaupun diri ini sentiasa melakukan dosa..
Namun ia tetap ada disisi.. Sebagai teman yang sejati.. Mulut tidak mengungkap kata.. Rasa hati tidak terluah..
Namun dia tahu setiap yang ada di sudut hati dan setiap kata yang akan diungkapkan.. Bagaimana harusku sembunyikan daripadamu.. Sedangkan engkau sentiasa tahu.. kerana engkau Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu..
Engkau sentiasa ada untukku.. Tika susah dan senang..
Sentiasa ada…
Ketabahan dan kesabaran sentiasa diuji.. Rasa tabah yang sedikit ini ku genggam dalam setiap langkahku.. Kerana ku pasti setelah kabus yang tebal melanda.. Pasti pada akhirnya akan cerah kembali.. Dan segalanya pasti akan kembali kepada yang asal..
kerana aku seorang wanita aku ingin dihormati selayaknya aku ingin dihargai sebaiknya aku ingin disayangi selembutnya aku ingin dikasihi seadanya
kerana aku seorang wanita aku punya harga diri walaupun aku lemah aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa aku punya perasaan walaupun sering terluka aku punya kesabaran walaupun aku tercalar aku punya kasih walaupun sering melara jiwa
kerana aku seorang wanita aku sering di perlekehkan aku sering di sakiti aku sering di lukai aku sering di lupakan aku sering di abaikan
tapi satu perkara adam sering di lupakan kerana wanitalah binasanya adam kerana wanitalah dunia bergolak kerana wanitalah indahnya kehidupan kerana wanita jugalah ilham tercipta kerana wanitalah
kerana aku seorang wanita aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati hanya... kerana aku seorang wanita... inginkan kejujuran bukan kepalsuan inginkan kebahagian bukannya penderitaan ingin dihormati bukan dikasari ingin di sayangi bukan di lukai..