Isnin, 31 Disember 2012

Rindunya Uitm Dungun

Assalamualaikum 

Rindunya Uitm Dungun, rindu sangat - sangat . Jelous sangat bila tengok kengkawan semua duk update status cakap pasal nak balik Uitm. Yelaa, cuti midterm dah habis dah. Sayu je hati, meronta - ronta nak pergi Uitm jugak. Tapi nak buat macam mana, dah bukan student Uitm Dungun dah :'(

Ahad, 23 Disember 2012

Banjir oh banjir

Assalamualaikum 

Hari ni tade pape aktiviti outdoors yang boleh dilakukan sebab hujan tak henti - henti dari malam tadi . Ceh, cakap banyak pulak kan, kalo tak hujan pun tade maknanya nak kua rumah, terperuk jelaaa. So, hujan yang teramat lebat ni tidak menjejaskan pape aktiviti cyfa. No wonder laa banjir kat area Pantai Timur ( Terengganu, Kelantan, Pahang ) . Seronok pulak tengok bebudak yang tinggal berdekatan dengan rumah cyfa ni bangun di awal pagi semata - mata nak g main air, lagi - lagi tengah teruja dengan cuti sekolah ni kan. Nasib lah banjir yang biasa - biasa je, kalau tak tadenya seronok tengok bebudak main air, bimbang ada laaa takot terjadi pape yang tidak diingini. Walaupun pape pun, tak kira banjir tu biasa - biasa @ luar biasa, tetap boleh mengundang bahaya, keselamatan itu haruslah menjadi keutamaan dan penduduk haruslah mengambil langkah berjaga - jaga untuk memelihara kesihatan dan mengelak kecederaan ketika banjir . Jangkitan penyakit, terutamanya bawaan air adalah suatu kebiasaan semasa dan selepas musim banjir. Air banjir mengandungi banyak jenis kuman (virus, bakteria, fungus) dan parasit (seperti cacing) akibat bercampur dengan air kotor dan air kumbahan. Dalam pada itu, serpihan berbahaya seperti kayu, kaca dan bahan kimia di dalam air banjir boleh menyebabkan kecederaan.

Amalan penjagaan kebersihan dengan membasuh tangan menggunakan sabun dan air yang bersih amat perlu:

- Sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
- Selepas ke tandas.
- Selepas aktiviti pembersihan.
- Selepas menyentuh barang-barang yang dicemari air banjir atau air kumbahan.

Uitm tetap di hatiku

Hi,  it's been a long time that I didn't update my blog kan ? pheuwww pheuwww ( sambil meniup habuk ). Sejak semester baru bermula, maka tak luang lah masa kat sini, kesian comel cyfa, maafkan saya ! Okay, dah dah.. makin meriah pulak kau merepek yang entah pape cyfa, dah macam nenek tua pulak ..
Sekarang cuti midsem dah bermula, wahh seronok gitu ! Tapi bagi student UITM lah, cyfa ni dah jadi BEKAS student UITM bermula 19/12/2012 yang lalu.. 

Sedih makk oii, tapi nak buat macam mana, jodoh antara UITM ngan cyfa hanya untuk seketika , cyfa redha lagipun cyfa tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup cyfa. Belajar tetap belajar, yang membezakannya dulu bergelar student Banking Management di UITM tetapi bermula 2/1 / 2013 akan bermula sebagai seorang student separa perubatan. Tipu lah kalau cyfa cakap takde langsung perasaan SAYANG untuk meninggalkan Uitm Dungun yang telah sebati dalam hidup cyfa selepas SPM, tetapi nak tak nak cyfa kena terima dan akur dengan keputusan keluarga . Lagipun mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk cyfa, lagi - lagi sebagai seorang anak dan cucu sulong dalam keluarga. Memang lah teruja masa dapat tawaran ni tapi bila tiba saat berpisah, hati ni meronta - ronta tanak tinggalkan Uitm. Tapi mak cakap " mula - mula memang lah akan rasa sedih untuk meninggalkan Uitm tu, suasana belajar kat sana, kengkawan, orang yang tersayang, tapi bila dah g sana, kita akan belajar menerima satu suasana dan pengalaman baru dan lama - lama nanti kita akan terbiasa dan menyukainya "
So, why not kita dengar nasihat orang yang banyak makan asam garam daripada kita kan, lagi - lagi ibu kita sendiri. Jadi, cyfa decided untuk berhenti belajar di Uitm, bertemankan orang yang tersayang, cyfa melangkahkan kaki ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengambil borang undur diri..
Semakin bersemangat apabila staff yang memberikan cop pelepasan di setiap department mengucapkan sekalung tahniah dan memberikan kata - kata semangat. Sebelum tu memang dah terlebih semangat bila orang yang tersayang tak jemu - jemu memberikan kata - kata semangat dan perangsang di saat cyfa confused, tertekan, sedih,  dan menghadapi bermacam masalah  . Sangat bangga dengan dirinya walaupun sedih untuk berpisah, tetapi tak putus - putus naikkan semangat cyfa, thank you my dear :)
 Walaupun dah ex - student UITM, tetapi UITM tetap di hati ku, sentiasa dan sokmo - sokmo . Terima kasih kerana bagi peluang kat cyfa belajar kat situ. Sayang UITM ketat - ketat, muaaaaaaahhh :*

Selasa, 27 November 2012

Thank you papa :)

Assalamualaikum..
Malam ni banyak kerja nak kena buat, kemas - kemas barang..
Maklum lah esok nak balik Terengganu dah. Memandangkan hari ni cyfa tak berapa sihat, so asyik bertangguh laa niat nak kemas barang - barang cyfa tu, dari nak kemas pagi tadi beralih ke petang dan bila dah petang, beralih ke malam pulak. Nak keluar bilik pun malas, tapi kena jugak makan , nanti takde tenaga, lagi teruk kan. So, after makan ( tade laa makan sakan sangat, biskut je ) lepak - lepak laaa ngan mama depan tv, then papa pun sampai rumah, sedang asyik borak - borak dengan mama, papa hulurkan satu beg kecik, terkejut jugak kan .. Ingatkan nak bagi kat mama, bila bukak.. jeng jeng jeng !
I got a perfume :D
Suka suka suka suka ! ( gedik je )
Excited sebab bukan selalu dapat hadiah dari papa kan ..

  
* Ralph Lauren perfume

To papa : Thank you so much , love you !
                  Muuuaaaahh !

Isnin, 26 November 2012

New looks !


Assalamualaikum semua..
Syukur Alhamdulillah, setelah bergelut dengan kemalasan dalam diri ini, akhirnya siap jugak lah blog cyfa dengan new looks !
Whooaaaaaa, takde laaa gempak macam blog korang tapi sedap mata memandang di mata cyfa.. heee :)

Kalau korang perasan laa, takde laaa banyak perubahan sangat yang berlaku dalam blog cyfa ni, just beberapa widget baru je yang di tambah dan yang paling penting warna background tu, warna gabungan kesukaan cyfa ..
Lagipun cyfa takde laaa pandai sangat nak make over blog ni, buat yang termampu sahaja :)
Bukan apa, rasanya dah lama tak tukar background dan pape yang patot lah, bosan jugak kekadang tu tengok benda yang sama kan..
Okay, hope korang suka dengan new looks blog cyfa ni..
Terima kasih untuk blogger2 yang share tutorial yang amat berguna untuk cyfa..
Sekian sahaja :)

Khamis, 22 November 2012

Untuk si dia


Untuk si dia yang tersayang, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah cyfa yang macam - macam, terharu sangat dan cyfa sangat - sangat menghargainya :)
Cyfa pun banyak kurangnya, sentiasa ada je buat salah..
Biasa laa kan, mana ada  manusia yang sempurna kat dunia ni melainkan dia sendiri yang merasakan dia dah sempurna sangat !

Okay, back to the topic..
Untuk si dia, terima kasih kerana banyak menegur perangai Cyfa yang kekadang tu agak keterlaluan..
Yelah, kadang - kadang tu Cyfa ni mudah sangat emosi, cepat melenting, biasalah kan perempuan.. 
InsyaAllah cyfa akan cuba kawal semua tu, bukan untuk si dia sahaja tapi untuk semua..
Berubah untuk kebaikan, apa salahnya kan..
Kadang - kadang bila dah tersedar akan kesalahan itu, timbul rasa yang bersalah yang teramat dan tersentuh dengan kesabaran yang si dia tunjukkan membuatkan cyfa mengutuk diri sendiri " Apalah aku ni, semuanya nak emosi, paloi ! "
Untuk si dia juga, terima kasih kerana tetap meluangkan masa walaupun kekadang si dia sibuk dengan perkara - perkara dan aktiviti - aktiviti yang lain..
Untuk si dia, maafkan segala kekasaran , keteremosian ( err ada ke ayat camni ) dan sewaktu dengannya .. InsyaAllah saya akan cuba menjadi yang lebih baik untuk awak, semua orang dan yang paling penting untuk kedua ibu bapa saya  :)


                                                                       
 


Jumaat, 16 November 2012

Kuatkan lah hatimu


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Terlalu berharap


Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang mungkin sukar untuk kita miliki.. 
Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu perkara itu berlaku sedangkan mungkin perkara itu sukar untuk berlaku..
Kadang-kadang kita terlalu berharap seseorang itu melakukan sesuatu demi kita sedangkan mungkin sukar untuk dia laksanakan..
Kadang-kadang kita terlalu berharap segala impian kita tercapai tanpa kita sedar ada banyak halangan yang perlu ditempuh untuk mencapai impian itu..


Lebih baik kita berharap agar segala yang kita rancangkan berjalan lancar.. 
Lebih baik kita melebihkan usaha daripada melebihkan pengharapan dan angan-angan.. 
Lebih baik kita berharap agar Allah menunjukkan dan mempermudahkan jalan bagi kita mencapai segala apa yang kita hajatkan.. 
InsyaAllah, perasaan kecewa apabila kegagalan berlaku akan dapat dikurangkan..

Mungkin kita perlu untuk tidak terlalu mengharap.. takut nanti perasaan terlalu berharap itu akan mengecewakan diri kita sendiri.. 


Pray for GAZA :)

Syahid will be yours Palestine . Doakan mereka supaya mereka terus kuat untuk mempertahankan islam . Dan kita yang Islam tak perlu sibuk bergaduh sesama Islam ..
Let's pray for Gaza -.-

" Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana sahaja umat islam ditindas.. dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah ! "

Kita tidak mampu untuk membantu mereka melainkan berdoa :)

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah. 1433H telah neninggalkan kita .. Selamat menyambut tahun baru, 1434H . Salam Maal Hijrah cyfa ucapkan kepada semua rakan blogger ..
Oleh itu, sama - sama lah kita membaca doa awal tahun yang mempunyai banyak keistimewaannya ..



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Ahad, 11 November 2012

Perempuan memang sukar difahami


Okay you olls setuju tak ngan statement cyfa kat atas tu ?
" Perempuan memang sukar difahami "
Bagi kaum adam, kadang - kadang tu memang perempuan sukar difahami disebabkan mereka cepat emosi, sensitif dan seangkatan dengannya lah yang membuatkan kaum adam susah nak faham kaum hawa nih..

Perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki pulak dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu.. so dalam hal ni, lelaki perlu lah pandai nak handle perempuan..
Oleh kerana perempuan ni mudah marah - marah, emosi tak tentu pasal, so lelaki tak boleh laaa nak angin satu badan jugak, kena laaaa sabar..
Memang laaa masa si perempuan tengah angin tu, dia akan kata macam - macam tapi bak kata Ustaz Don Daniyal, " Perempuan kalau tengah marah, macam - macam dia akan cakap tapi yang sebenarnya dia langsung tidak maksudkan apa yang dia cakap, maka lelaki kena sabar "

Okay, apa yang penting kena sabar dan selami hati perempuan tersebut, InsyaAllah dapat memahaminya satu hari nanti :)

Jumaat, 9 November 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Assalamualaikum semua :)
Okay, tadi masa tengah baca2 hasil tulisan blogger kain, ternampak laa contest ni..
So, cyfa nak try laa cuba nasib..
Haa, ni dia contest tu
" CONTEST I CHOOSE TO WEAR HIJAB "


Okay, syarat contest ni yang seterusnya ialah meletakkan gambar yang memakai hijab dan menutup aurat :)
Okay, i'm done.. ni gambar yang cyfa pertaruhkan sebab ni gambar kesukaan cyfa :)
Warna pink adalah warna kegemaran cyfa, dan biru lembut adalah gabungan warna yang menarik bagi cyfa.. Okay laa, tanak merepek banyak2.. Doakan cyfa menang ye :)

Ahad, 4 November 2012

Kenduri ohh kenduri

Assalamualaikum :)
Selamat pagi semua, semoga hari ini lebik baik dari semalam.. Amin :)
Okay, sejak cuti semester bermula ni, cyfa banyak menghadirkan diri ke kenduri kahwin..
Maklum lah, sekarang dah nak dekat ngan musim cuti sekolah, jadinya banyak laaa kenduri yang akan berlangsung..

Okay, semalam cyfa pegi kenduri dekat Taman kembara, Klang..
Apa yang bestnya kenduri kali ni, perkahwinan pasangan mempelai bertemakan Jawa dan ala - ala tradisional.. 
Pasangan mempelai ni merupakan anak sepupu mama, kira sanak saudara laaa..
Tema diorang ni amat memikat hati cyfa sebab cyfa suka majlis perkahwinan yang ala - ala tradisional macam ni, lagi - lagi ada iringan gamelan.. Wah, memang suka sangat :)
Bab makanan tu memang okay sangat lah, makanan Jawa.. memang awesome :)
Semoga pasangan mempelai akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.. AMIN :)

Rabu, 31 Oktober 2012

Selamat Pagi :)

Selamat pagi semua :)
Okay, hari ni awal - awal pagi dah bangun, baguskan ?

" Alah, ko ni cyfa bangun awal pun nak kecoh ! "
Tak kisah laaaa, bangga ni .. bukan selalu bangun awal (nampak sangat suka bangun lambat)
Jangan salah faham, solat subuh tetap ditunaikan tau, cuma lepas solat tu sambung tido balik.. heee :)

Mana tak nya, sejak balik umah mama ni pagi2 dah ada yang menjerit depan pintu bilik..
 " kakak oo kakak, jum laaaa main "
Selagi tak bangun , selagi tu laaa dia duk menjerit kat depan pintu bilik.. Haih !
Tapi bagus jugak kan, takde laaa bangun lambat dah .. 

Breakfast pun sempat sekali ngan mama & papa.. 
Borak - borak di awal pagi, okay sangat laa tu kan :)
Nanti terbiasa laaa bangun awal, kan kan ? AMIN...

Tapi bila bangun je dari tido, part paling malasm ialah kemas katil.. haih !
Kenapa laaa malas sangat ko ni cyfa ??

okay, kena ubah perangai nih !!
chaiyok2..

Jumaat, 26 Oktober 2012

Belajar dari kesilapan :)

Setiap orang takkan terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Cyfa akui, memang cyfa pun banyak buat silap. Kadang-kadang, cyfa rasa, 'Ohhmyy, bangangnya aku nie ! Hal kecik pon dibesar-besarkan.' Salah siapa? Salah cyfa kan. cyfa admit it !
Kesilapan merupakan perkara yang mungkin tak dapat dielakkan. Why? Sebab kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan samaada sedar atau pon tidak. Malah, tak ada jaminan pon untuk kita mampu mengelak dari melakukan kesilapan. Noted ! 
Kadang-kadang, kesilapan yang kita buat tanpa sedar, sedangkan kita sepatutnya belajar dari kesalahan yang pernah kita buat. Tak gitu kawan-kawan? Sebagai mahluk yang diberikan akal dan fikiran tak layak kalau perbuatan kita sama seperti binatang yang tak tahu mana yang salah dan betul kan. 
Macam mana kita belajar dari kesalahan?
Jawapannya adalah dengan sehingga mencari hal yang baik dan bermanfaat dari kesalahan yang kita buat sehinggalah kita tak ulanginya lagi. Carilah hal positif daripada setiap kesalahan yang kita buat. Kita perlu  menanamkan method yang sentiasa bermanfaat khususnya untuk kita sendiri.
Kita harus memandang kesalahan itu dari satu sudut positif dengan menganggapnya sebagai satu proses pengembangan diri. Jangan terus dibelenggu perasaan bersalah, pelajari bagaimana kita perlu membaiki kesalahan-kesalahan itu. Kesalahan adalah guru terbaik untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik, dengan mengenal satu kesalahan, kita dapat menemukan satu kebenaran :) 



Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum semua :)
Selamat menyambut hari raya aidiladha ye :D

Raya kali ni takde laa meriah sangat sebab sunyi je kat rumah cyfa ni.. hoho..
Mood raya pun tade, tapi takper cyfa tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masi diberi pelung untuk menikmati suasana hari raya aidiladha pada tahun ini..
Syukur kepadaMu ya Allah :)

Selasa, 23 Oktober 2012

Terima kasih awak :)




Buat awak yang dikasihi lagi disayangi, TERIMA KASIH banyak banyak sebab terima diri saya ni seadanya.. Terima kasih sebab masih mampu bertahan dengan kerenah saya yang tak menentu ni.. Terima kasih banyak banyak sebab sampai sekarang awak masih ada disisi saya, mendengar segala cerita best, sedih, bosan, poyo saya.. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK! :D
Terima kasih jugak sebab mampu tahan dengan perangai manja terlebih saya, perangai degil saya, perangai mengada saya dan semuanya laa.. Saya tahu saya tak sempurna tapi saya akan cuba menggembirakan awak sebagaimana awak menggembirakan hari - hari saya ..Saya akan cuba usaha untuk ubah semua tu secara perlahan.. Terima kasih untuk segalanya... saya sayang awak sesangat dan saya harap hubungan kita mampu bertahan sampai bila bila. I will wait for you until the special dates of our life arrives. 

Semoga satu hari nanti Allah akan 
menjadikan kita pasangan 
yang halal dan bahagia selamanya. 
Aku disini akan setia menunggu seperti 
mana kau sentiasa setia bersamaku. ♥


Think and think =.=

Selamat pagi blogger :)
semoga semuanya dah solat subuh ..

Jangan lupa ambik sarapan pagi ye, kasi tenaga kat tubuh , baru sihat ^^
Errr think and think ??
haih, ko fikir apa pulak pagi - pagi hari nih cyfa oii ?? ( wondering )

mesti tertanya - tanya cegitu kan ? ( perasan, padahal tade yang peduli pun ) haha ..
hayya, cyfa manyak pening maaaaaaa...
semua menda dah tak kena..
handphone cyfa hilang, pastu dilanda masalah pulak.. grrrrr !
susah laaaa nak settle masalah kalo camni, nak kena talk jugak !!!

nak talk tu laa yang problem, handphone takde.. manyak susah maaaaaaaa..
kalo setakat text kat inbox facebook, alamaknya tak settle jugak lah.. masing - masing bagi

mesej cam karangan SPM da.. hayya !
Takpe laaaa, calm down cyfa.. takkan nak hilang mood da kot pepagi buta nih..
smile and smile :)

All is well, Allah kan ada ..


Isnin, 22 Oktober 2012

Rindunya kat diorang =.=

Assalamualaikum :)
Sempena cuti semester ni, cyfa just duk kat rumah.. 
pada mulanya nak keje tapi tetiba rasa malas pulak sebab cuti hanya satu bulan dua minggu..
Nak rehat sepuas hati, jyeaaaahhh !!!
Tapi belum sampai seminggu cuti, dah rasa bosan sesangat.. Terperuk je dalam bilik.. haih !
Rasa rindu sesangat kat Nadd, Nana, Emah dan Wan.. Rindu telatah diorang :(
Kalau duduk ngan diorang, tak berhenti ketawa.. Ada je benda yang lucu dan kelakar..
Rindu sesangat, lambatnya bukak sem hadapan =.=

Sem hadapan lagi lah, kami terpisah..
Emah ngan Wan dapat kolej, kami terpaksa laaaa tinggal kat umah sewa.. harap perbezaan tempat tinggal antara kami ni, tidak melonggarkan keakraban kami selama ni :)


" Weh, rindu sangat kat korang.. harap korang faham perasaan saya ni sebab saya pun tahu korang rindukan saya jugak.. haha .. bukan nak perasan tapi hasil stalk Fb korang semua :P "


Sayang korang !!

Sem break :D

Assalamualaikum..
Hye semua :)
Dah lama tak main conteng2 kat  sini, dah berhabuk dah pun -.-
Al - maklum lah, bila ada kat UITM, banyak menda yang nak kena buat..

Lagipun line internet kat kolej kediaman takde, kalau nak guna kena pegi turun kat cafe..
kalau dah pemalas macam cyfa nih, nak turun kat cafe semata - mata nak online, memang tak laaaa kan .. lebih baik rehat kat bilik je, lagi syok :)
Sekarang, dah bermula cuti semester, HOYYEAAHHHH !!!
apa lagi, home sweet home laaaaaa.. syok habis :)
Bebas dari assignment, presentation, quiz, test and so on !!
yang penting tak stress da.. Tenang, aman dan damai :)

 " hai, senangnya dalam hati "
okay, nak buat ucapan sikit :)
 " Buat kengkawan cyfa, geng BM112 selamat bercuti semuanya.. Tahniah sebab dapat habiskan semester ni dengan sempurna.. jaga siri elok2, jumpa semester hadapan, INSYAALLAH .. Tak lupa jugak untuk semua siswa dan siswi seluruh UITM di Malaysia, selamat bercuti semuanya :) "

Jumaat, 31 Ogos 2012

Muhasabah diri :)


Assalamualaikum :)
Hari ni, aku renungkan apa yang pernah aku lalui selama 19 tahun ni.. Semuanya macam dah kabur diingatan tapi ada yang masih segar diingatan.. Dah 19 tahun aku dimuka bumi ini rupa - rupanya..
Begitu pantas masa berlalu kan.. aku fikir balik apa yang aku pernah capai selama ni dan apa yang belum aku capai lagi buat masa ni..
Alhamdulillah sesangat, aku rasa dah banyak Tuhan curahkan rezeki kat aku,.. Aku jek yang tak perasan dan tak ambik tahu semua tu.. Aku mula merancang perjalanan aku untuk beberapa tahun yang akan datang dan dari situ aku sedar betapa jauhnya perjalanan aku kat bumi ni sekiranya aku panjang umur lagi...
Dah banyak sangat aku lalui dan tempuh selama ni dan untuk capai apa yang aku rancang di masa hadapan nanti, aku harus bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai onak dan duri kehidupan..  



* Alhamdulillah, dah 19 tahun aku di bumi yang bulat ni :)

Bila aku tengok orang - orang yang bijak pandai di sekeliling aku, aku terkedu..
Aku yang tak pandai atau usaha aku yang belum mencukupi lagi ?
Kata ibuku, semua orang tak bodoh kat bumi ni tapi yang membezakan kita hanya lah usaha.. kalau kita usaha lebih, makan hasilnya akan lebih :)
Aku pernah gagal, tapi aku tahu itu adalah ujian yang Allah turunkan untuk aku..
Allah takkan bagi sesuatu ujian itu kepada hambaNya kalau DIA tahu hambanya tidak mampu untuk melaluinya :)
Lagipun, daripada kegagalan itu terhasilnya kejayaan ..
Maka, kesabaran itu penting..

To my dear HATERS !

Assalamualaikum you olls :)
Okay entry kali ni cyfa tujukan buat si
HATERS yang disayangi..
DISAYANGI
?? err sayang ke weh ?
" Sayang sesangat, sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raga "
So dear
HATERS, terharu tak aku sayang kau ?? mesti kau terharu gila kan :D
Sakan ey kau sekarang buruk2 kan aku..
Actually aku nak ucap terima kaseh sesangat, ingat jugak kau kat aku ya.. kalau tak, takde laa kau asyik bercerita je pasal aku kat orang lain .. wah,
TERHARU beb :/


* NAH, UNTUK TATAPAN KAU SAYANG ( kata - kata tu aku tujukan untuk kau )

Aku tak kisah laaaaa kau tu tanak stop buruk2 kan aku kat orang lain.. kekadang kelakar jugak bila dapat tahu cerita yang kau reka dan cipta tu..  Sebenarnya kan , kau ni BIJAK sangat, tapi sayang kau tak guna kebijakkan kau tu dengan sebaiknya.. daripada kau dok buat cerita pasal aku tu kan, aku rasa better kau buat novel then kau publish.. dapat jugak jadi bahan hiburan orang ramai.. kan kan you ollsss ? :D
Aku tak benci kau, buat laaa apa yang kau nak buat selagi kau mampu.. teruskan berkata - kata, selagi kau tak penat bukak mulut kau tu.. aku sikit pom tak heran kalau kau benci aku sebab tak menjejaskan aku pun.. aku takde laaa nak berdendam ngan kau, aku nak diam je dan tengok apa pulak step kau pasni..
Ohh yaaa, kalau kau baca entry aku ni , no hurt no feeling ey.. kalau kau rasa kau tak salah, kau takkan melenting .. heeee :) kan sayang ?

Okay laaaaaaa, to my dear HATERS ( malas nak mention nama ), selamat hari raya tau... maaf, zahir dan batin.. AKU SAYANG KAU :)

Jumaat, 24 Ogos 2012

Engagement

Assalamualaikum semua :)
okay, mata tak ngantuk lagi walhal da nak pukul 2 pagi da..
hayya !
Oh yaa,apa hal ngan tajuk entry kali ni nih.. tunang ?? cyfa ke ?? oppss, bukan cyfa tapi kakak sedare cyfa yang tunang.. so,tengahari tadi kakak sepupu cyfa bertunang.. tu pun cyfa tahu last2 minit da.. so takde laaa tolong pape, tolong makan aje lah.. heee :)
* otw pergi sana, snap dulu :)

Sampai je sana kan, teruja sangat sebab tema pertunangan kakak sepupu cyfa tu warna pink.. favourite colour tu :D
walaupun pelamin tu simple tapi cantik sangat.. buat sendiri pulak tu, kira puas hati laaaa kan.. jimat bajet.. tunggu punya tunggu, rombongan pun sampai.. 
WAH, BAGAI PINANG DI BELAH EMPAT .. SEPADAN..
masing - masing bertubuh kecik molek, kacak dan cantik.. sweet sangat :)
tetibe excited nak tunang jugak. haih !
gedik je kan.. nak share pelamin tu tapi ada dalam handphone mama,, mama dah tido.. lain kali laa erkk..

* otw balik umah da :)
Cyfa doakan agar kakak sepupu cyfa tu cepat kawen dan berkekalan hingga ke anak cucu.. amin :)

Persediaan raya 2012 :)


*sebelum bertolak balik raya :)
Assalamualaikum..
Dah berhabuk da blog ni, dah lama tak conteng menyonteng kan..Agak busy laaa sepanjang cuti untuk raya ni..raya kali ni, tade laaa bersemangat sangat.. baju raya pun cari last minit.. mula - mula tema kitaorang satu family tetapkan warna hijau tetapi tetibe tem kawen mak sedara pun kalau ijau.. so, takkan nak pakai baju warna yang sama nanti raya kan.. so, tukar warna oren.. nice colour :)
first day cari baju raya, takde yang berkenan kat hati.. lau ada pun, tade saiz cyfa..ponat betol, sehinggakan adeq bongsu cyfa cuak cari baju..setelah da penat sangat, kitaorang balik.. so keluar hari ni tade pulangan laaa.. so, second day ( sehari sebelum raya ) cyfa keluar pulak cari baju raya.. Alhamdulillah, cari punya cari jumpa baju untuk adeq then cyfa try pulak cari baju untuk cyfa.. alhamdulillah jumpa gak akhirnya :)
senyum sampai ke telinga :D
Sampai je kat umah, terus buat keje kat dapur.. preparation untuk raya laaa katakan.. tahun ni buat satey.. tapi yang pasti cyfa mang takkan cari tukang membakat satey laaaa, tolong cucuk2 , potong2 ayam tu okay laaa.. heeee :)

kira rajin jugak laaaa kan..


* haaa inilah kami di pagi raya :)

pape pom selamat hari raya semua, maaf zahir dan batin..

Selasa, 14 Ogos 2012

Mood belajar HILANG !!






Assalamualaikum semua :)
Tengah buat apa ey ? mesti semua ngah siduk ngan preparation untuk raya kan ? samalah cyfa.. disebabkan raya akan tiba tak lama lagi, maka dengan ini mood belajar pun dah takde..hoho !
sebenarnya bukan excited nak raya tapi excited nak balik umah.. berbuka ngan family dengan masakan mak cyfa..yummy !
Lam kelas pun lesu je, fikiran melayan kat lain da.. jiwa, hati dan semua2 lah ada kat umah da.. hayya !
Oppsss.. i'm so sorry my lovely lecturer.. bukan ku pinta begini.. huahuahua :)
ohh.. okay laaa, nak sambung membaca dulu.. esok ada quiz marketing !|
yuk kejar
DEAN LIST :D

Selasa, 7 Ogos 2012

Cemburu ??




Daripada curiga,
terbit rasa cemburu..

Daripada cemburu,
dilepaskan rasa hati yang terbuku...

Akhirnya curiga dan cemburu
mengundang bergolaknya ikatan sah yang kian bersatu...

Artikel ini kudedikasikan buat yg takut hak milik bukan menjadi miliknya....
Perasaan cemburu ada pada semua orang. Tak kira lelaki atau perempuan. Setuju tak dengan pendapat cyfa?? Namun inilah hakikatnya. Cemburu lelaki dengan perempuan memang berbeza. Lelaki kalau cemburu lebih cenderung menggunakan pertimbangan rasional berbanding wanita. Sebab tu lelaki lebih mampu mengawal rasa cemburu. Bahkan dalam keadaan tertentu mereka mampu meneutralkannya..
Jom kita selusuri kisah Saidatina Aisyah r.a yang sememangnya juga ada rasa cemburu di dalam riwayatnya menjadi isteri Rasulullah s.a.w.... Aisyah adalah isteri Rasulullah yang cantik, muda dan cerdas. Namun Aisyah tetap berasa cemburu apabila Rasulullah s.a.w bersama dengan isteri - isterinya yang lain.. see, so normal laaa kan perasaan cemburu tu :)

Ahad, 24 Jun 2012

Chicken Foldover

Assalamualaikum..
Hye, lama da tak buat entry baru kat sini sejak semester baru bermula.. Rindu :)
" CHICKEN FOLDOVER "
Tajuk entry cyfa malam ni.. err malam ker ?
da pagi kot.. lalalala :D


time cuti sem , cyfa ngan mama teringin sangat nak makan chicken foldover ni.. meleleh air liur tengok iklan yang di siarkan kat TV.. Tapi alhamdulillah laaa dapat jugak makan ngan kengkawan UITM kat Mc'd Dungun tapi bagi cyfa laaa kan, sedap double cheese burger lagi.. memang tak leh tanding laaa :)
heeee.. pape pom thanxs to Nadd and Niki bawak cyfa g makan Mc'd.. sayang U ollssszzzzzzzz..

Sabtu, 19 Mei 2012

Kenduri kenduri !

Okay okay..
hari ni cyfa pegi kenduri kat LCCT, Kuala Lumpur ^^
meriah gituu..
Bila pegi majlis2 kawen kan, rasa tak sabar pulak nak kawen ..hahaha !
gedik jek kan..
bukan apa, tengok pelamin tu cantik then pengantin pakai LAWA LAWA..
wah, berseri seri gitoo !
pastu mula dok sengeh sorang2..
entah pape..hahaha ! 

oh yaaa, makanan hari ni sangat2 laa osemm..
sedap !
tapi tak larat nak menelan ..
cyfa cakap camni sebab jarang jupe makanan yang mempunyai rasa yang perfect kat majlis2 kawen ni..
so,cyfa doakan laa semoga mempelai merpati sejoli, ( err tak tahu nama ) kekal hingga ke akhir hayat ^^

Rabu, 16 Mei 2012

Tekanan Hidup Melanda !!

Hye you ollzs ^^
sambil tunggu showdown mula,nak main conteng conteng kat blog duluu laaa..
Hokeh,minggu ni adalah minggu stress,tertekan + badmood sedunia..haha !
sedunia ?? yeke ?
cyfa sorang jek kot yang camtu..
orang lain tak kot..
Mana laa tak stress,tertekan + badmood,rumah sewa belom dapat lagi...haih !
tak lama lagi sem da nak bukak..
hayya !
pusing banget nih..
semoga ALLAH permudahkan segalanya..
AMIN ~


P/S : yang penting sekarang cyfa kena sabar..ni ujian untuk cyfa..susah sekarang takpe,senang kemudian..
lau hari ni tak dapat lagi,mungkin esok esok dapat laa tuh..yang penting kena teruskan usaha mencari rumah sewa !
hoyyeaaahh !!
semangat kena lebih ^^

Selasa, 15 Mei 2012

Selamat Hari Guru !!

Guru bagaikan NTV7
kerana “Ceria Selalu”
Guru juga kadang kala seperti TV 3
kerana “menjadi inspirasi hidupku”
yang pasti
Guru bagaikan serifm “sentiasa di hati”
dan yang paling penting
guru bagaikan pakej astro kerana
“macam macam ada”

P/S : SELAMAT HARI GURU cyfa ucapkan kat semua guru di Malaysia terutamanya kat ibu tersayang..Tak lupa jugak guru - guru cyfa sekolah rendah dan sekolah menengah dulu yang telah mendidik cyfa hingga cyfa berjaya menjejakkan kaki ke universiti..Terima kasih cikgu !!
Kepada pensyarah2 UITM DUNGUN,terima kasih atas segalanya..Cyfa sayang cikgu2 dan pensyarah semua !!
TERIMA KASIH ^^

Selasa, 8 Mei 2012

Usah terasa hati dan berkecil hati..


“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”
I’m so confused..
Kenapa orang kecil kan hati kita, kita pulak yg berdosa?
Then I asked my dad what’s that mean.
Ayah : Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.


Anak : uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah : Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak : *blur

Ayah : Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
Anak : Ooooooo… ook….

Ayah : Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
Anak : *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.



p/s :  di sini cyfa ingin megambil kesempatan..mohon maaf kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali diri cyfa…andai ada yang terguris perasaan sepanjang persahabatan kita….maaf ya… ^_^


Selasa, 1 Mei 2012

Jejalan Cari Makan !

Dalam pukul1 lebih tadi,mama dan papa cyfa ajak kua jejalan sambil isi perut..hoho!
manyak sukaaa wooo !!
bukan apa dapat makan makanan kesukaan cyfa ^^
haa..kalau korang nak tahu cyfa ni hantu sushi dan tart telur !!

Jalan punyer jalan,singgah laa kat kedai baby anakku..
asyik sangat tengok diorang pilih2 barang untuk anak diorang yang bakal dilahirkan tu..
dalam hati ni " sweetnya diorang,lambatnya aku nak camtu jugak " HAHA !
gedik jek kan,belajar pun lambat lagi habis..hoho :D
tapi takpe laaa kan..berangan itu bagus untuk mental..
haha..ini cyfa punyer statement laa..takde doktor mahupun profesor yang keluarkan kenyataan yang macam tu okeh !

Hokeh..ni time otw nak balik da (muka puas hati) HAHA !

Isnin, 30 April 2012

Statusku NR (non-resident)

Sebenarnya cyfa dah tak sabar nak naik sem baru..
ohh ya sem depan cyfa berstatus NR (non resident),so secara automatiknya cyfa bukan lagi penghuni kolej..
kena laa menyewa dekat luar..
so,sebelom cuti sem bermula cyfa and the gengz sibuk + pening kepala cari rumah..
kira first time laa kami berdikari stay kat lua..huhu..
pengalaman pertama tuh..
dua tiga hari jugak ulang alik jari rumah,bukan apa nak yang terbaik dan murah..
kawasan UITM cyfa tu rumah mahal2,cekik darah betol ! (oppsss termengata pulak da) ^^
dah tu memang betol kan..hehehe !
last2,jumpa laa rumah sewa tu..
hayya !
betol2 puas hati,besar + selesa + murah ^^
so,bayar permulaan RM120..
macam mana laa nanti yer..hohoho !
mesti best !
ohh pape pom ken berdisiplin jugak..
duduk umah sewa tak bermakna kita bebas !!
so kengkawan serumah,suka suki kita lalui bersama !
oyyeeeaaaaahhh !!!

Senyuman di Kuala Lumpur

Okeh cyfa baru je lepas tengok cerita "SENYUMAN DI KUALA LUMPUR"..
mula - mula tengok tajuk tu macam boring jek..
tapi lepas tengop,jatoh hati !
haaa..sebab tu laa wujudnya pepatah "DON'T JUDGE BOOK BY ITS COVER"..
bagi cyfa cerita tu best..seorang lelaki yang dikenali melalui facebook,then menolong lelaki tersebut yang tak pernah sampai kat KL untuk hadirkan diri ke temuduga then diorang pegi jejalan tapi dalam masa yang sama lelaki tu macam menyedarkan perempuan tersebut tentang islam ni..
bayangkan last pompuan tu solat masa ada solat hajat kat sekolah menengah time nak SPM dulu..
then,bila dia keluar dengan lelaki tu,dia kembali solat..
dan paling best,lelaki tu tak kira tempat dia tetap guna loghat kelantan..
maknanya dia tak lupa diri..
yang sweetnya,diorang pegi sambung study kat overseas sesama ^^

My birthday !!

Assalamualaikum..
dah lama tak post sini kan : D
rasa macam rindu pulak..
27/4 birthday cyfa..
time tarikh tu jugak laaa result final exam keluar..
Alhamdulillah walau pun tak gempak macam orang lain,cyfa tetap bersyukur :)
So,hari birthday cyfa tu agak sedih laa jugak sebab tunggu someone tu wish pukul12 tapi takde pom..
mana tak moody :(
haaa..maka 28/4 family cyfa berkumpul dan buat makan - makan sempena nak meraikan birthday cyfa tu..
Alhamdulillah laa..TUHAN masih panjangkan umur ini..
so,nak dijadikan cerita cyfa punyer kek birthday tade sape pom yang beli..pastu cyfa tak kisah laa kan sebab dah besar walaupun hati ni teringin..hoho !
cupcakes tu banyak laa dengan makanan yang lain..
semua mama dan c'ngah buatkan..
tapi cyfa pom tolong jugaks ya ^^
tub tub tengah syok2 makan ni cyfa punyer makcik nyanyi lagu birthday sambil bawa kek !
terharu sesangat !!
teros stop makan..
memang tak tahu nak describe kan macam mana perasaan masa tu ^^
I LOVE YOU ALL ^^



sesi memotong cake..hoho ^^
cupcakes yang cyfa dan c'ngah buat ^^

sakan semuanya makan,tak ingat dunia da..haha !
orang first yang rasa cupcakes,sedap katanya..haha ! ^^
ayam kami yang belom masak^^