Selasa, 27 November 2012

Thank you papa :)

Assalamualaikum..
Malam ni banyak kerja nak kena buat, kemas - kemas barang..
Maklum lah esok nak balik Terengganu dah. Memandangkan hari ni cyfa tak berapa sihat, so asyik bertangguh laa niat nak kemas barang - barang cyfa tu, dari nak kemas pagi tadi beralih ke petang dan bila dah petang, beralih ke malam pulak. Nak keluar bilik pun malas, tapi kena jugak makan , nanti takde tenaga, lagi teruk kan. So, after makan ( tade laa makan sakan sangat, biskut je ) lepak - lepak laaa ngan mama depan tv, then papa pun sampai rumah, sedang asyik borak - borak dengan mama, papa hulurkan satu beg kecik, terkejut jugak kan .. Ingatkan nak bagi kat mama, bila bukak.. jeng jeng jeng !
I got a perfume :D
Suka suka suka suka ! ( gedik je )
Excited sebab bukan selalu dapat hadiah dari papa kan ..

  
* Ralph Lauren perfume

To papa : Thank you so much , love you !
                  Muuuaaaahh !

Isnin, 26 November 2012

New looks !


Assalamualaikum semua..
Syukur Alhamdulillah, setelah bergelut dengan kemalasan dalam diri ini, akhirnya siap jugak lah blog cyfa dengan new looks !
Whooaaaaaa, takde laaa gempak macam blog korang tapi sedap mata memandang di mata cyfa.. heee :)

Kalau korang perasan laa, takde laaa banyak perubahan sangat yang berlaku dalam blog cyfa ni, just beberapa widget baru je yang di tambah dan yang paling penting warna background tu, warna gabungan kesukaan cyfa ..
Lagipun cyfa takde laaa pandai sangat nak make over blog ni, buat yang termampu sahaja :)
Bukan apa, rasanya dah lama tak tukar background dan pape yang patot lah, bosan jugak kekadang tu tengok benda yang sama kan..
Okay, hope korang suka dengan new looks blog cyfa ni..
Terima kasih untuk blogger2 yang share tutorial yang amat berguna untuk cyfa..
Sekian sahaja :)

Khamis, 22 November 2012

Untuk si dia


Untuk si dia yang tersayang, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah cyfa yang macam - macam, terharu sangat dan cyfa sangat - sangat menghargainya :)
Cyfa pun banyak kurangnya, sentiasa ada je buat salah..
Biasa laa kan, mana ada  manusia yang sempurna kat dunia ni melainkan dia sendiri yang merasakan dia dah sempurna sangat !

Okay, back to the topic..
Untuk si dia, terima kasih kerana banyak menegur perangai Cyfa yang kekadang tu agak keterlaluan..
Yelah, kadang - kadang tu Cyfa ni mudah sangat emosi, cepat melenting, biasalah kan perempuan.. 
InsyaAllah cyfa akan cuba kawal semua tu, bukan untuk si dia sahaja tapi untuk semua..
Berubah untuk kebaikan, apa salahnya kan..
Kadang - kadang bila dah tersedar akan kesalahan itu, timbul rasa yang bersalah yang teramat dan tersentuh dengan kesabaran yang si dia tunjukkan membuatkan cyfa mengutuk diri sendiri " Apalah aku ni, semuanya nak emosi, paloi ! "
Untuk si dia juga, terima kasih kerana tetap meluangkan masa walaupun kekadang si dia sibuk dengan perkara - perkara dan aktiviti - aktiviti yang lain..
Untuk si dia, maafkan segala kekasaran , keteremosian ( err ada ke ayat camni ) dan sewaktu dengannya .. InsyaAllah saya akan cuba menjadi yang lebih baik untuk awak, semua orang dan yang paling penting untuk kedua ibu bapa saya  :)


                                                                       
 


Jumaat, 16 November 2012

Kuatkan lah hatimu


Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Terlalu berharap


Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang mungkin sukar untuk kita miliki.. 
Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu perkara itu berlaku sedangkan mungkin perkara itu sukar untuk berlaku..
Kadang-kadang kita terlalu berharap seseorang itu melakukan sesuatu demi kita sedangkan mungkin sukar untuk dia laksanakan..
Kadang-kadang kita terlalu berharap segala impian kita tercapai tanpa kita sedar ada banyak halangan yang perlu ditempuh untuk mencapai impian itu..


Lebih baik kita berharap agar segala yang kita rancangkan berjalan lancar.. 
Lebih baik kita melebihkan usaha daripada melebihkan pengharapan dan angan-angan.. 
Lebih baik kita berharap agar Allah menunjukkan dan mempermudahkan jalan bagi kita mencapai segala apa yang kita hajatkan.. 
InsyaAllah, perasaan kecewa apabila kegagalan berlaku akan dapat dikurangkan..

Mungkin kita perlu untuk tidak terlalu mengharap.. takut nanti perasaan terlalu berharap itu akan mengecewakan diri kita sendiri.. 


Pray for GAZA :)

Syahid will be yours Palestine . Doakan mereka supaya mereka terus kuat untuk mempertahankan islam . Dan kita yang Islam tak perlu sibuk bergaduh sesama Islam ..
Let's pray for Gaza -.-

" Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana sahaja umat islam ditindas.. dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah ! "

Kita tidak mampu untuk membantu mereka melainkan berdoa :)

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah. 1433H telah neninggalkan kita .. Selamat menyambut tahun baru, 1434H . Salam Maal Hijrah cyfa ucapkan kepada semua rakan blogger ..
Oleh itu, sama - sama lah kita membaca doa awal tahun yang mempunyai banyak keistimewaannya ..



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Ahad, 11 November 2012

Perempuan memang sukar difahami


Okay you olls setuju tak ngan statement cyfa kat atas tu ?
" Perempuan memang sukar difahami "
Bagi kaum adam, kadang - kadang tu memang perempuan sukar difahami disebabkan mereka cepat emosi, sensitif dan seangkatan dengannya lah yang membuatkan kaum adam susah nak faham kaum hawa nih..

Perempuan dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal, manakala lelaki pulak dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu.. so dalam hal ni, lelaki perlu lah pandai nak handle perempuan..
Oleh kerana perempuan ni mudah marah - marah, emosi tak tentu pasal, so lelaki tak boleh laaa nak angin satu badan jugak, kena laaaa sabar..
Memang laaa masa si perempuan tengah angin tu, dia akan kata macam - macam tapi bak kata Ustaz Don Daniyal, " Perempuan kalau tengah marah, macam - macam dia akan cakap tapi yang sebenarnya dia langsung tidak maksudkan apa yang dia cakap, maka lelaki kena sabar "

Okay, apa yang penting kena sabar dan selami hati perempuan tersebut, InsyaAllah dapat memahaminya satu hari nanti :)

Jumaat, 9 November 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Assalamualaikum semua :)
Okay, tadi masa tengah baca2 hasil tulisan blogger kain, ternampak laa contest ni..
So, cyfa nak try laa cuba nasib..
Haa, ni dia contest tu
" CONTEST I CHOOSE TO WEAR HIJAB "


Okay, syarat contest ni yang seterusnya ialah meletakkan gambar yang memakai hijab dan menutup aurat :)
Okay, i'm done.. ni gambar yang cyfa pertaruhkan sebab ni gambar kesukaan cyfa :)
Warna pink adalah warna kegemaran cyfa, dan biru lembut adalah gabungan warna yang menarik bagi cyfa.. Okay laa, tanak merepek banyak2.. Doakan cyfa menang ye :)

Ahad, 4 November 2012

Kenduri ohh kenduri

Assalamualaikum :)
Selamat pagi semua, semoga hari ini lebik baik dari semalam.. Amin :)
Okay, sejak cuti semester bermula ni, cyfa banyak menghadirkan diri ke kenduri kahwin..
Maklum lah, sekarang dah nak dekat ngan musim cuti sekolah, jadinya banyak laaa kenduri yang akan berlangsung..

Okay, semalam cyfa pegi kenduri dekat Taman kembara, Klang..
Apa yang bestnya kenduri kali ni, perkahwinan pasangan mempelai bertemakan Jawa dan ala - ala tradisional.. 
Pasangan mempelai ni merupakan anak sepupu mama, kira sanak saudara laaa..
Tema diorang ni amat memikat hati cyfa sebab cyfa suka majlis perkahwinan yang ala - ala tradisional macam ni, lagi - lagi ada iringan gamelan.. Wah, memang suka sangat :)
Bab makanan tu memang okay sangat lah, makanan Jawa.. memang awesome :)
Semoga pasangan mempelai akan kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.. AMIN :)