Jumaat, 14 Jun 2013

Apa yang dah berlaku ?

Assalamualaikum .
Entry yang lalu, cyfa ada cakap nak kongsi cerita kan ? Hokeh, di kelapangan yang cyfa ada ni, cyfa nak ceritakan apa yang telah terjadi dekat diri cyfa dalam hampir 5 bulan ni .
Hmmm. Seperti yang telah cyfa maklumkan dekat entry sebelum ni, cyfa bukan lagi student
Uitm Dungun dah, dah bertukar tempat belajar dengan kos yang berlainan. 
Hokeh, i'm a paramedic wanna be. So, dalam awal bulan satu ritu cyfa daftar belajar dan cuba membiasakan diri di tempat baru dang kengkawan baru. Pendek kata, semua baru lah. 
Walaupun cyfa tak minat kos ni tapi cuba jugak laa memfokuskan diri dengan setiap apa yang diajar oleh lecturer kat depan. Bayangkan selama 8 jam duduk mengadap slide hari - hari. Sakit kepala doksah cerita laa. Dengan line telefon yang kejap ada, kejap tade, memang sabau jelah. Siaran radio, lagi - lagi laa susah nak dapat. Rasa macam putus ngan dunia luar.
Tapi takpe, ada hikmah laa tu semua kan . So, banyak - banyak bersabar jelaa. 
Setelah 3 bulan duk sana, alhamdulillah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kat sana. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah telah menentukan segalanya dan kita harus lah tabah dan redha. 
Cyfa punya tulang belakang ada problem. Duk ulang alik ke hospital, last - last dipertemukan dengan pakar tulang. Dengan nasihat pakar, cyfa terpaksa menangguhkan sesi pengajian cyfa di sebabkan cyfa tak boleh buat kerja berat. Sakit tu toksah cerita laa. Kekadang tu sampai taleh bangun, dan kekadang tangan belah kanan pun tak boleh angkat. 
Thank you so muchhh dekat parents, Mr.F dan kengkawan yang sentiasa menolong dan memberi sokongan . Jasamu ku kenang, hanya Allah yang mampu membalasnya.
So, bermula 2/4/2013 cyfa telah menangguhkan pengajian dan kembali ke Terengganu.
Buat masa sekarang ni, cyfa duk ulang alik buat rawatan kat hospital laa tiap - tiap minggu.
Doakan cyfa cepat sembuh ye :)

Hey, I'm back !

Assalamualaikum semua :)

Sudah hampir 5 bulan cyfa tak hapdet blog ni kan . Phewwwwww, berhabuk sakan :D
Sejak melangkahkan kaki ke alam pembelajaran baru, hampir semua benda ketinggalan.
 
Err, tade laa ketinggalan sangat, cuma lambat tahu sikit jep. Idok lee busy sangat cumanya kat tempat belajar yang baru tu  line telefon pun susah nak dapat. Inikan pula line tenet, sabau jelaa. 
Tapi ada bagusnya jugak, tade laa sibuk nak online je memanjang . 
Sebenarnya, banyak menda yang nak dikongsikan, al maklum lah dah lama tak main taip - taip dekat blog comel ni tapi tak boleh laa kongsi sekarang kan, nanti kan jemu pulok kome - kome sume membaca karangan SPM cyfa nanti, berperingkat - peringkat laa kan . Macam bajet retiss pulok kan, hewhew :)

Sabtu, 26 Januari 2013

Ya Allah, aku tidak kuat !


Entah mengapa air mata mengalir tanpa henti memikirkan ujian-ujian yang melanda diri sejak kebelakangan ini, aku tidak kuat Ya Allah, tidak kuat lagi Ya Allah, aku tidak mampu untuk melawannya sendiri. Ya Alla, bantu diriku ya Allah, jangan kau biarkan diriku menentukan nasibku sendiri walaupun sesaat ya Allah..
Tidak Engkau membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
ku yakin dengan janji mu itu ya Allah, ujianmu ini untuk menguji kesabaranku, ku tahu, namun ku tak mampu untuk bersabar tanpa taufiq dan hidayahMu ya Allah, bantulah aku ya ALLAH...