Rabu, 31 Oktober 2012

Selamat Pagi :)

Selamat pagi semua :)
Okay, hari ni awal - awal pagi dah bangun, baguskan ?

" Alah, ko ni cyfa bangun awal pun nak kecoh ! "
Tak kisah laaaa, bangga ni .. bukan selalu bangun awal (nampak sangat suka bangun lambat)
Jangan salah faham, solat subuh tetap ditunaikan tau, cuma lepas solat tu sambung tido balik.. heee :)

Mana tak nya, sejak balik umah mama ni pagi2 dah ada yang menjerit depan pintu bilik..
 " kakak oo kakak, jum laaaa main "
Selagi tak bangun , selagi tu laaa dia duk menjerit kat depan pintu bilik.. Haih !
Tapi bagus jugak kan, takde laaa bangun lambat dah .. 

Breakfast pun sempat sekali ngan mama & papa.. 
Borak - borak di awal pagi, okay sangat laa tu kan :)
Nanti terbiasa laaa bangun awal, kan kan ? AMIN...

Tapi bila bangun je dari tido, part paling malasm ialah kemas katil.. haih !
Kenapa laaa malas sangat ko ni cyfa ??

okay, kena ubah perangai nih !!
chaiyok2..

Jumaat, 26 Oktober 2012

Belajar dari kesilapan :)

Setiap orang takkan terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Cyfa akui, memang cyfa pun banyak buat silap. Kadang-kadang, cyfa rasa, 'Ohhmyy, bangangnya aku nie ! Hal kecik pon dibesar-besarkan.' Salah siapa? Salah cyfa kan. cyfa admit it !
Kesilapan merupakan perkara yang mungkin tak dapat dielakkan. Why? Sebab kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan samaada sedar atau pon tidak. Malah, tak ada jaminan pon untuk kita mampu mengelak dari melakukan kesilapan. Noted ! 
Kadang-kadang, kesilapan yang kita buat tanpa sedar, sedangkan kita sepatutnya belajar dari kesalahan yang pernah kita buat. Tak gitu kawan-kawan? Sebagai mahluk yang diberikan akal dan fikiran tak layak kalau perbuatan kita sama seperti binatang yang tak tahu mana yang salah dan betul kan. 
Macam mana kita belajar dari kesalahan?
Jawapannya adalah dengan sehingga mencari hal yang baik dan bermanfaat dari kesalahan yang kita buat sehinggalah kita tak ulanginya lagi. Carilah hal positif daripada setiap kesalahan yang kita buat. Kita perlu  menanamkan method yang sentiasa bermanfaat khususnya untuk kita sendiri.
Kita harus memandang kesalahan itu dari satu sudut positif dengan menganggapnya sebagai satu proses pengembangan diri. Jangan terus dibelenggu perasaan bersalah, pelajari bagaimana kita perlu membaiki kesalahan-kesalahan itu. Kesalahan adalah guru terbaik untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik, dengan mengenal satu kesalahan, kita dapat menemukan satu kebenaran :) 



Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum semua :)
Selamat menyambut hari raya aidiladha ye :D

Raya kali ni takde laa meriah sangat sebab sunyi je kat rumah cyfa ni.. hoho..
Mood raya pun tade, tapi takper cyfa tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masi diberi pelung untuk menikmati suasana hari raya aidiladha pada tahun ini..
Syukur kepadaMu ya Allah :)

Selasa, 23 Oktober 2012

Terima kasih awak :)




Buat awak yang dikasihi lagi disayangi, TERIMA KASIH banyak banyak sebab terima diri saya ni seadanya.. Terima kasih sebab masih mampu bertahan dengan kerenah saya yang tak menentu ni.. Terima kasih banyak banyak sebab sampai sekarang awak masih ada disisi saya, mendengar segala cerita best, sedih, bosan, poyo saya.. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK! :D
Terima kasih jugak sebab mampu tahan dengan perangai manja terlebih saya, perangai degil saya, perangai mengada saya dan semuanya laa.. Saya tahu saya tak sempurna tapi saya akan cuba menggembirakan awak sebagaimana awak menggembirakan hari - hari saya ..Saya akan cuba usaha untuk ubah semua tu secara perlahan.. Terima kasih untuk segalanya... saya sayang awak sesangat dan saya harap hubungan kita mampu bertahan sampai bila bila. I will wait for you until the special dates of our life arrives. 

Semoga satu hari nanti Allah akan 
menjadikan kita pasangan 
yang halal dan bahagia selamanya. 
Aku disini akan setia menunggu seperti 
mana kau sentiasa setia bersamaku. ♥


Think and think =.=

Selamat pagi blogger :)
semoga semuanya dah solat subuh ..

Jangan lupa ambik sarapan pagi ye, kasi tenaga kat tubuh , baru sihat ^^
Errr think and think ??
haih, ko fikir apa pulak pagi - pagi hari nih cyfa oii ?? ( wondering )

mesti tertanya - tanya cegitu kan ? ( perasan, padahal tade yang peduli pun ) haha ..
hayya, cyfa manyak pening maaaaaaa...
semua menda dah tak kena..
handphone cyfa hilang, pastu dilanda masalah pulak.. grrrrr !
susah laaaa nak settle masalah kalo camni, nak kena talk jugak !!!

nak talk tu laa yang problem, handphone takde.. manyak susah maaaaaaaa..
kalo setakat text kat inbox facebook, alamaknya tak settle jugak lah.. masing - masing bagi

mesej cam karangan SPM da.. hayya !
Takpe laaaa, calm down cyfa.. takkan nak hilang mood da kot pepagi buta nih..
smile and smile :)

All is well, Allah kan ada ..


Isnin, 22 Oktober 2012

Rindunya kat diorang =.=

Assalamualaikum :)
Sempena cuti semester ni, cyfa just duk kat rumah.. 
pada mulanya nak keje tapi tetiba rasa malas pulak sebab cuti hanya satu bulan dua minggu..
Nak rehat sepuas hati, jyeaaaahhh !!!
Tapi belum sampai seminggu cuti, dah rasa bosan sesangat.. Terperuk je dalam bilik.. haih !
Rasa rindu sesangat kat Nadd, Nana, Emah dan Wan.. Rindu telatah diorang :(
Kalau duduk ngan diorang, tak berhenti ketawa.. Ada je benda yang lucu dan kelakar..
Rindu sesangat, lambatnya bukak sem hadapan =.=

Sem hadapan lagi lah, kami terpisah..
Emah ngan Wan dapat kolej, kami terpaksa laaaa tinggal kat umah sewa.. harap perbezaan tempat tinggal antara kami ni, tidak melonggarkan keakraban kami selama ni :)


" Weh, rindu sangat kat korang.. harap korang faham perasaan saya ni sebab saya pun tahu korang rindukan saya jugak.. haha .. bukan nak perasan tapi hasil stalk Fb korang semua :P "


Sayang korang !!

Sem break :D

Assalamualaikum..
Hye semua :)
Dah lama tak main conteng2 kat  sini, dah berhabuk dah pun -.-
Al - maklum lah, bila ada kat UITM, banyak menda yang nak kena buat..

Lagipun line internet kat kolej kediaman takde, kalau nak guna kena pegi turun kat cafe..
kalau dah pemalas macam cyfa nih, nak turun kat cafe semata - mata nak online, memang tak laaaa kan .. lebih baik rehat kat bilik je, lagi syok :)
Sekarang, dah bermula cuti semester, HOYYEAAHHHH !!!
apa lagi, home sweet home laaaaaa.. syok habis :)
Bebas dari assignment, presentation, quiz, test and so on !!
yang penting tak stress da.. Tenang, aman dan damai :)

 " hai, senangnya dalam hati "
okay, nak buat ucapan sikit :)
 " Buat kengkawan cyfa, geng BM112 selamat bercuti semuanya.. Tahniah sebab dapat habiskan semester ni dengan sempurna.. jaga siri elok2, jumpa semester hadapan, INSYAALLAH .. Tak lupa jugak untuk semua siswa dan siswi seluruh UITM di Malaysia, selamat bercuti semuanya :) "