Jumaat, 31 Ogos 2012

Muhasabah diri :)


Assalamualaikum :)
Hari ni, aku renungkan apa yang pernah aku lalui selama 19 tahun ni.. Semuanya macam dah kabur diingatan tapi ada yang masih segar diingatan.. Dah 19 tahun aku dimuka bumi ini rupa - rupanya..
Begitu pantas masa berlalu kan.. aku fikir balik apa yang aku pernah capai selama ni dan apa yang belum aku capai lagi buat masa ni..
Alhamdulillah sesangat, aku rasa dah banyak Tuhan curahkan rezeki kat aku,.. Aku jek yang tak perasan dan tak ambik tahu semua tu.. Aku mula merancang perjalanan aku untuk beberapa tahun yang akan datang dan dari situ aku sedar betapa jauhnya perjalanan aku kat bumi ni sekiranya aku panjang umur lagi...
Dah banyak sangat aku lalui dan tempuh selama ni dan untuk capai apa yang aku rancang di masa hadapan nanti, aku harus bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai onak dan duri kehidupan..  



* Alhamdulillah, dah 19 tahun aku di bumi yang bulat ni :)

Bila aku tengok orang - orang yang bijak pandai di sekeliling aku, aku terkedu..
Aku yang tak pandai atau usaha aku yang belum mencukupi lagi ?
Kata ibuku, semua orang tak bodoh kat bumi ni tapi yang membezakan kita hanya lah usaha.. kalau kita usaha lebih, makan hasilnya akan lebih :)
Aku pernah gagal, tapi aku tahu itu adalah ujian yang Allah turunkan untuk aku..
Allah takkan bagi sesuatu ujian itu kepada hambaNya kalau DIA tahu hambanya tidak mampu untuk melaluinya :)
Lagipun, daripada kegagalan itu terhasilnya kejayaan ..
Maka, kesabaran itu penting..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan