Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah. 1433H telah neninggalkan kita .. Selamat menyambut tahun baru, 1434H . Salam Maal Hijrah cyfa ucapkan kepada semua rakan blogger ..
Oleh itu, sama - sama lah kita membaca doa awal tahun yang mempunyai banyak keistimewaannya ..



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

1 ulasan:

  1. salam maal hijrah
    www.dresslover84.blogspot.com

    BalasPadam