Jumaat, 14 Jun 2013

Apa yang dah berlaku ?

Assalamualaikum .
Entry yang lalu, cyfa ada cakap nak kongsi cerita kan ? Hokeh, di kelapangan yang cyfa ada ni, cyfa nak ceritakan apa yang telah terjadi dekat diri cyfa dalam hampir 5 bulan ni .
Hmmm. Seperti yang telah cyfa maklumkan dekat entry sebelum ni, cyfa bukan lagi student
Uitm Dungun dah, dah bertukar tempat belajar dengan kos yang berlainan. 
Hokeh, i'm a paramedic wanna be. So, dalam awal bulan satu ritu cyfa daftar belajar dan cuba membiasakan diri di tempat baru dang kengkawan baru. Pendek kata, semua baru lah. 
Walaupun cyfa tak minat kos ni tapi cuba jugak laa memfokuskan diri dengan setiap apa yang diajar oleh lecturer kat depan. Bayangkan selama 8 jam duduk mengadap slide hari - hari. Sakit kepala doksah cerita laa. Dengan line telefon yang kejap ada, kejap tade, memang sabau jelah. Siaran radio, lagi - lagi laa susah nak dapat. Rasa macam putus ngan dunia luar.
Tapi takpe, ada hikmah laa tu semua kan . So, banyak - banyak bersabar jelaa. 
Setelah 3 bulan duk sana, alhamdulillah dapat menyesuaikan diri dengan suasana kat sana. Tapi kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah telah menentukan segalanya dan kita harus lah tabah dan redha. 
Cyfa punya tulang belakang ada problem. Duk ulang alik ke hospital, last - last dipertemukan dengan pakar tulang. Dengan nasihat pakar, cyfa terpaksa menangguhkan sesi pengajian cyfa di sebabkan cyfa tak boleh buat kerja berat. Sakit tu toksah cerita laa. Kekadang tu sampai taleh bangun, dan kekadang tangan belah kanan pun tak boleh angkat. 
Thank you so muchhh dekat parents, Mr.F dan kengkawan yang sentiasa menolong dan memberi sokongan . Jasamu ku kenang, hanya Allah yang mampu membalasnya.
So, bermula 2/4/2013 cyfa telah menangguhkan pengajian dan kembali ke Terengganu.
Buat masa sekarang ni, cyfa duk ulang alik buat rawatan kat hospital laa tiap - tiap minggu.
Doakan cyfa cepat sembuh ye :)

5 ulasan:

  1. assalam.. jemput join contest pertama saya untuk memeriahkan lagi. http://wannurrr.blogspot.com/2013/11/contest-im-diva.html :)

    BalasPadam
  2. Salam syifa...amir doakn moge2 cpt sembuh..amiin��

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cyfa.. Adakah cik cyfa lova msih ingat sy...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum cyfa.. Adakah cik cyfa lova msih ingat sy...

    BalasPadam
  5. Waalaikumussalam. Sorry lama sangat dah tak tengok blog ni. Bertahun. Of course still ingat awak dojark

    BalasPadam