Selasa, 27 November 2012

Thank you papa :)

Assalamualaikum..
Malam ni banyak kerja nak kena buat, kemas - kemas barang..
Maklum lah esok nak balik Terengganu dah. Memandangkan hari ni cyfa tak berapa sihat, so asyik bertangguh laa niat nak kemas barang - barang cyfa tu, dari nak kemas pagi tadi beralih ke petang dan bila dah petang, beralih ke malam pulak. Nak keluar bilik pun malas, tapi kena jugak makan , nanti takde tenaga, lagi teruk kan. So, after makan ( tade laa makan sakan sangat, biskut je ) lepak - lepak laaa ngan mama depan tv, then papa pun sampai rumah, sedang asyik borak - borak dengan mama, papa hulurkan satu beg kecik, terkejut jugak kan .. Ingatkan nak bagi kat mama, bila bukak.. jeng jeng jeng !
I got a perfume :D
Suka suka suka suka ! ( gedik je )
Excited sebab bukan selalu dapat hadiah dari papa kan ..

  
* Ralph Lauren perfume

To papa : Thank you so much , love you !
                  Muuuaaaahh !

Isnin, 26 November 2012

New looks !


Assalamualaikum semua..
Syukur Alhamdulillah, setelah bergelut dengan kemalasan dalam diri ini, akhirnya siap jugak lah blog cyfa dengan new looks !
Whooaaaaaa, takde laaa gempak macam blog korang tapi sedap mata memandang di mata cyfa.. heee :)

Kalau korang perasan laa, takde laaa banyak perubahan sangat yang berlaku dalam blog cyfa ni, just beberapa widget baru je yang di tambah dan yang paling penting warna background tu, warna gabungan kesukaan cyfa ..
Lagipun cyfa takde laaa pandai sangat nak make over blog ni, buat yang termampu sahaja :)
Bukan apa, rasanya dah lama tak tukar background dan pape yang patot lah, bosan jugak kekadang tu tengok benda yang sama kan..
Okay, hope korang suka dengan new looks blog cyfa ni..
Terima kasih untuk blogger2 yang share tutorial yang amat berguna untuk cyfa..
Sekian sahaja :)

Khamis, 22 November 2012

Untuk si dia


Untuk si dia yang tersayang, terima kasih kerana bersabar dengan kerenah cyfa yang macam - macam, terharu sangat dan cyfa sangat - sangat menghargainya :)
Cyfa pun banyak kurangnya, sentiasa ada je buat salah..
Biasa laa kan, mana ada  manusia yang sempurna kat dunia ni melainkan dia sendiri yang merasakan dia dah sempurna sangat !

Okay, back to the topic..
Untuk si dia, terima kasih kerana banyak menegur perangai Cyfa yang kekadang tu agak keterlaluan..
Yelah, kadang - kadang tu Cyfa ni mudah sangat emosi, cepat melenting, biasalah kan perempuan.. 
InsyaAllah cyfa akan cuba kawal semua tu, bukan untuk si dia sahaja tapi untuk semua..
Berubah untuk kebaikan, apa salahnya kan..
Kadang - kadang bila dah tersedar akan kesalahan itu, timbul rasa yang bersalah yang teramat dan tersentuh dengan kesabaran yang si dia tunjukkan membuatkan cyfa mengutuk diri sendiri " Apalah aku ni, semuanya nak emosi, paloi ! "
Untuk si dia juga, terima kasih kerana tetap meluangkan masa walaupun kekadang si dia sibuk dengan perkara - perkara dan aktiviti - aktiviti yang lain..
Untuk si dia, maafkan segala kekasaran , keteremosian ( err ada ke ayat camni ) dan sewaktu dengannya .. InsyaAllah saya akan cuba menjadi yang lebih baik untuk awak, semua orang dan yang paling penting untuk kedua ibu bapa saya  :)