Ahad, 9 Oktober 2011

PERJALANAN HIDUP..


Dalam langkahku menyusuri kehidupan..
Terkadang diri diuji oleh sang pencipta..
Terkadang ujian itu amat perit dan menyakitkan untuk dihadapi..
Tidak ditempah hidup sengsara kerana ia suratan nasib yang melanda..


 Namun diri ini tidak lupa akan hikmahnya..
 Mengapa ujian itu diturunkan kepada diri ini..
 Betapa Allah amat menyayangi setiap hambanya..
Walaupun diri ini sentiasa melakukan dosa..

Namun ia tetap ada disisi..
Sebagai teman yang sejati..
 Mulut tidak mengungkap kata..
Rasa hati tidak terluah..

Namun dia tahu setiap yang ada di sudut hati dan setiap kata yang akan diungkapkan..
Bagaimana harusku sembunyikan daripadamu..
Sedangkan engkau sentiasa tahu..
kerana engkau Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu..


Engkau sentiasa ada untukku..
Tika susah dan senang..

Sentiasa ada…

Ketabahan dan kesabaran sentiasa diuji..
Rasa tabah yang sedikit ini ku genggam dalam setiap langkahku..
Kerana ku pasti setelah kabus yang tebal melanda..
Pasti pada akhirnya akan cerah kembali..
Dan segalanya pasti akan kembali kepada yang asal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan