Jumaat, 26 Oktober 2012

Belajar dari kesilapan :)

Setiap orang takkan terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Cyfa akui, memang cyfa pun banyak buat silap. Kadang-kadang, cyfa rasa, 'Ohhmyy, bangangnya aku nie ! Hal kecik pon dibesar-besarkan.' Salah siapa? Salah cyfa kan. cyfa admit it !
Kesilapan merupakan perkara yang mungkin tak dapat dielakkan. Why? Sebab kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan samaada sedar atau pon tidak. Malah, tak ada jaminan pon untuk kita mampu mengelak dari melakukan kesilapan. Noted ! 
Kadang-kadang, kesilapan yang kita buat tanpa sedar, sedangkan kita sepatutnya belajar dari kesalahan yang pernah kita buat. Tak gitu kawan-kawan? Sebagai mahluk yang diberikan akal dan fikiran tak layak kalau perbuatan kita sama seperti binatang yang tak tahu mana yang salah dan betul kan. 
Macam mana kita belajar dari kesalahan?
Jawapannya adalah dengan sehingga mencari hal yang baik dan bermanfaat dari kesalahan yang kita buat sehinggalah kita tak ulanginya lagi. Carilah hal positif daripada setiap kesalahan yang kita buat. Kita perlu  menanamkan method yang sentiasa bermanfaat khususnya untuk kita sendiri.
Kita harus memandang kesalahan itu dari satu sudut positif dengan menganggapnya sebagai satu proses pengembangan diri. Jangan terus dibelenggu perasaan bersalah, pelajari bagaimana kita perlu membaiki kesalahan-kesalahan itu. Kesalahan adalah guru terbaik untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik, dengan mengenal satu kesalahan, kita dapat menemukan satu kebenaran :) 



1 ulasan:

  1. betul. tanpa kesilapan kita tak belajar nak perbaiki diri menjadi lebih baik.

    BalasPadam