Ahad, 23 Disember 2012

Uitm tetap di hatiku

Hi,  it's been a long time that I didn't update my blog kan ? pheuwww pheuwww ( sambil meniup habuk ). Sejak semester baru bermula, maka tak luang lah masa kat sini, kesian comel cyfa, maafkan saya ! Okay, dah dah.. makin meriah pulak kau merepek yang entah pape cyfa, dah macam nenek tua pulak ..
Sekarang cuti midsem dah bermula, wahh seronok gitu ! Tapi bagi student UITM lah, cyfa ni dah jadi BEKAS student UITM bermula 19/12/2012 yang lalu.. 

Sedih makk oii, tapi nak buat macam mana, jodoh antara UITM ngan cyfa hanya untuk seketika , cyfa redha lagipun cyfa tahu Allah dah aturkan yang terbaik untuk hidup cyfa. Belajar tetap belajar, yang membezakannya dulu bergelar student Banking Management di UITM tetapi bermula 2/1 / 2013 akan bermula sebagai seorang student separa perubatan. Tipu lah kalau cyfa cakap takde langsung perasaan SAYANG untuk meninggalkan Uitm Dungun yang telah sebati dalam hidup cyfa selepas SPM, tetapi nak tak nak cyfa kena terima dan akur dengan keputusan keluarga . Lagipun mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk cyfa, lagi - lagi sebagai seorang anak dan cucu sulong dalam keluarga. Memang lah teruja masa dapat tawaran ni tapi bila tiba saat berpisah, hati ni meronta - ronta tanak tinggalkan Uitm. Tapi mak cakap " mula - mula memang lah akan rasa sedih untuk meninggalkan Uitm tu, suasana belajar kat sana, kengkawan, orang yang tersayang, tapi bila dah g sana, kita akan belajar menerima satu suasana dan pengalaman baru dan lama - lama nanti kita akan terbiasa dan menyukainya "
So, why not kita dengar nasihat orang yang banyak makan asam garam daripada kita kan, lagi - lagi ibu kita sendiri. Jadi, cyfa decided untuk berhenti belajar di Uitm, bertemankan orang yang tersayang, cyfa melangkahkan kaki ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar untuk mengambil borang undur diri..
Semakin bersemangat apabila staff yang memberikan cop pelepasan di setiap department mengucapkan sekalung tahniah dan memberikan kata - kata semangat. Sebelum tu memang dah terlebih semangat bila orang yang tersayang tak jemu - jemu memberikan kata - kata semangat dan perangsang di saat cyfa confused, tertekan, sedih,  dan menghadapi bermacam masalah  . Sangat bangga dengan dirinya walaupun sedih untuk berpisah, tetapi tak putus - putus naikkan semangat cyfa, thank you my dear :)
 Walaupun dah ex - student UITM, tetapi UITM tetap di hati ku, sentiasa dan sokmo - sokmo . Terima kasih kerana bagi peluang kat cyfa belajar kat situ. Sayang UITM ketat - ketat, muaaaaaaahhh :*

12 ulasan:

  1. congrates ! n good luck for new life

    BalasPadam
  2. gudlark cyfa lova..dh tkya jln kaki ke tenggol lagy

    BalasPadam
  3. Hahahaha, btw thank you :)
    tak sempat nak g pusing2 kat tenggol ritu ..

    BalasPadam
  4. saya pun nk berhenti uitm sbb ada masalah peribadi
    so nak tahu jugak the whole process nk tarik diri from uitm mcm mana ya?next sem sy baru nk masuk sem3 plus sy tak minat bidang sy sekarang.. help me pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awak dah berhenti uitm ke? Prosedur dia bagaimana ye hana?

      Padam
    2. Kalau saya dulu just pegi dekat bahagian hal ehwal murid dan cakap nak berhenti then dia akan bagitahu prosedur. Itu dulu laa time saya dulu, sekarang tak pasti 😅

      Padam
  5. waktu awak berhenti tu dah dapat surat from spa ke just emel je?

    BalasPadam
  6. Hi dear. Masa tu saya belum dapat surat lagi, just tahu melalui check online sahaja. Sebab ada yang kena print surat semua kan lepas tu akan ada terima surat dari kolej yang kita dapat. Tapi tak pasti laa sekarang mana, itu time saya dulu ��

    BalasPadam
  7. Hi. Macam mana nak tahu permohonan quit uitm tu lulus or tak?

    BalasPadam