Jumaat, 26 Oktober 2012

Belajar dari kesilapan :)

Setiap orang takkan terlepas daripada membuat kesilapan dan kesalahan. Cyfa akui, memang cyfa pun banyak buat silap. Kadang-kadang, cyfa rasa, 'Ohhmyy, bangangnya aku nie ! Hal kecik pon dibesar-besarkan.' Salah siapa? Salah cyfa kan. cyfa admit it !
Kesilapan merupakan perkara yang mungkin tak dapat dielakkan. Why? Sebab kita memang tak akan terlepas dari melakukan kesilapan samaada sedar atau pon tidak. Malah, tak ada jaminan pon untuk kita mampu mengelak dari melakukan kesilapan. Noted ! 
Kadang-kadang, kesilapan yang kita buat tanpa sedar, sedangkan kita sepatutnya belajar dari kesalahan yang pernah kita buat. Tak gitu kawan-kawan? Sebagai mahluk yang diberikan akal dan fikiran tak layak kalau perbuatan kita sama seperti binatang yang tak tahu mana yang salah dan betul kan. 
Macam mana kita belajar dari kesalahan?
Jawapannya adalah dengan sehingga mencari hal yang baik dan bermanfaat dari kesalahan yang kita buat sehinggalah kita tak ulanginya lagi. Carilah hal positif daripada setiap kesalahan yang kita buat. Kita perlu  menanamkan method yang sentiasa bermanfaat khususnya untuk kita sendiri.
Kita harus memandang kesalahan itu dari satu sudut positif dengan menganggapnya sebagai satu proses pengembangan diri. Jangan terus dibelenggu perasaan bersalah, pelajari bagaimana kita perlu membaiki kesalahan-kesalahan itu. Kesalahan adalah guru terbaik untuk menjadikan diri ke arah yang lebih baik, dengan mengenal satu kesalahan, kita dapat menemukan satu kebenaran :) 



Selamat Hari Raya Aidiladha :)

Assalamualaikum semua :)
Selamat menyambut hari raya aidiladha ye :D

Raya kali ni takde laa meriah sangat sebab sunyi je kat rumah cyfa ni.. hoho..
Mood raya pun tade, tapi takper cyfa tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masi diberi pelung untuk menikmati suasana hari raya aidiladha pada tahun ini..
Syukur kepadaMu ya Allah :)

Selasa, 23 Oktober 2012

Terima kasih awak :)




Buat awak yang dikasihi lagi disayangi, TERIMA KASIH banyak banyak sebab terima diri saya ni seadanya.. Terima kasih sebab masih mampu bertahan dengan kerenah saya yang tak menentu ni.. Terima kasih banyak banyak sebab sampai sekarang awak masih ada disisi saya, mendengar segala cerita best, sedih, bosan, poyo saya.. TERIMA KASIH BANYAK BANYAK! :D
Terima kasih jugak sebab mampu tahan dengan perangai manja terlebih saya, perangai degil saya, perangai mengada saya dan semuanya laa.. Saya tahu saya tak sempurna tapi saya akan cuba menggembirakan awak sebagaimana awak menggembirakan hari - hari saya ..Saya akan cuba usaha untuk ubah semua tu secara perlahan.. Terima kasih untuk segalanya... saya sayang awak sesangat dan saya harap hubungan kita mampu bertahan sampai bila bila. I will wait for you until the special dates of our life arrives. ♥

Semoga satu hari nanti Allah akan 
menjadikan kita pasangan 
yang halal dan bahagia selamanya. 
Aku disini akan setia menunggu seperti 
mana kau sentiasa setia bersamaku. ♥