Jumaat, 16 November 2012

Terlalu berharap


Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu yang mungkin sukar untuk kita miliki.. 
Kadang-kadang kita terlalu berharap sesuatu perkara itu berlaku sedangkan mungkin perkara itu sukar untuk berlaku..
Kadang-kadang kita terlalu berharap seseorang itu melakukan sesuatu demi kita sedangkan mungkin sukar untuk dia laksanakan..
Kadang-kadang kita terlalu berharap segala impian kita tercapai tanpa kita sedar ada banyak halangan yang perlu ditempuh untuk mencapai impian itu..


Lebih baik kita berharap agar segala yang kita rancangkan berjalan lancar.. 
Lebih baik kita melebihkan usaha daripada melebihkan pengharapan dan angan-angan.. 
Lebih baik kita berharap agar Allah menunjukkan dan mempermudahkan jalan bagi kita mencapai segala apa yang kita hajatkan.. 
InsyaAllah, perasaan kecewa apabila kegagalan berlaku akan dapat dikurangkan..

Mungkin kita perlu untuk tidak terlalu mengharap.. takut nanti perasaan terlalu berharap itu akan mengecewakan diri kita sendiri.. 


Pray for GAZA :)

Syahid will be yours Palestine . Doakan mereka supaya mereka terus kuat untuk mempertahankan islam . Dan kita yang Islam tak perlu sibuk bergaduh sesama Islam ..
Let's pray for Gaza -.-

" Ya Allah, sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon padaMu Ya Allah, turunkanlah bantuanMu kali ini kepada saudara-mara kami di bumi Palestin, syria, dan di mana sahaja umat islam ditindas.. dan hancurkanlah tentera Zionis laknatullah ! "

Kita tidak mampu untuk membantu mereka melainkan berdoa :)

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H

Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah. 1433H telah neninggalkan kita .. Selamat menyambut tahun baru, 1434H . Salam Maal Hijrah cyfa ucapkan kepada semua rakan blogger ..
Oleh itu, sama - sama lah kita membaca doa awal tahun yang mempunyai banyak keistimewaannya ..



“Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.