Ahad, 9 Oktober 2011

PERJALANAN HIDUP..


Dalam langkahku menyusuri kehidupan..
Terkadang diri diuji oleh sang pencipta..
Terkadang ujian itu amat perit dan menyakitkan untuk dihadapi..
Tidak ditempah hidup sengsara kerana ia suratan nasib yang melanda..


 Namun diri ini tidak lupa akan hikmahnya..
 Mengapa ujian itu diturunkan kepada diri ini..
 Betapa Allah amat menyayangi setiap hambanya..
Walaupun diri ini sentiasa melakukan dosa..

Namun ia tetap ada disisi..
Sebagai teman yang sejati..
 Mulut tidak mengungkap kata..
Rasa hati tidak terluah..

Namun dia tahu setiap yang ada di sudut hati dan setiap kata yang akan diungkapkan..
Bagaimana harusku sembunyikan daripadamu..
Sedangkan engkau sentiasa tahu..
kerana engkau Maha Mengetahui terhadap segala sesuatu..


Engkau sentiasa ada untukku..
Tika susah dan senang..

Sentiasa ada…

Ketabahan dan kesabaran sentiasa diuji..
Rasa tabah yang sedikit ini ku genggam dalam setiap langkahku..
Kerana ku pasti setelah kabus yang tebal melanda..
Pasti pada akhirnya akan cerah kembali..
Dan segalanya pasti akan kembali kepada yang asal..

Rabu, 5 Oktober 2011

KERANA AKU SEORANG WANITA..



kerana aku seorang wanita
aku ingin dihormati selayaknya                                                 
aku ingin dihargai sebaiknya
aku ingin disayangi selembutnya
aku ingin dikasihi seadanya

kerana aku seorang wanita
aku punya harga diri walaupun aku lemah
aku punya kekuatan walaupun dalam kerapuhan jiwa
aku punya perasaan walaupun sering terluka
aku punya kesabaran walaupun aku tercalar
aku punya kasih walaupun sering melara jiwa

kerana aku seorang wanita
aku sering di perlekehkan
aku sering di sakiti
aku sering di lukai
aku sering di lupakan
aku sering di abaikan

tapi satu perkara adam sering di lupakan
kerana wanitalah binasanya adam
kerana wanitalah dunia bergolak
kerana wanitalah indahnya kehidupan
kerana wanita jugalah ilham tercipta
kerana wanitalah

kerana aku seorang wanita
aku di anugerahkan dengan kelembutan bukan kekasaran
aku di anugerahkan dengan kesabaran walaupun di himpit kehidupan
aku di anugerahkan dengan penuh kasih sayang walaupun sering di khianati
hanya...
kerana aku seorang wanita...
inginkan kejujuran bukan kepalsuan
inginkan kebahagian bukannya penderitaan
ingin dihormati bukan dikasari
ingin di sayangi bukan di lukai..

Selasa, 27 September 2011

masalah..??ARRGGHH!!






Sume orang mesti pernah ada masalah kan..??
cyfa pom xterkecuali dari sume 2..
xkira laa masalah lam pelajaran ke,masalah dengan awek @ pakwe ke (ni cari masalah),@ papew jenis masalah laa y pernah wujud kat dalam dunia ni..
p kan camne ey korang hadapi eh..??


Kadang-kadang bila tengok burung terbang kat langit kan, terasa juga hidup ni sempit..Bila tengok kucing y comel tidur lena, terlintas juga penat hidup di dunia yang fana. Best hidup diorang,xde masalah..Bila dah terfikir macam tu, amik kepala terus hentuk kat dinding. "Ko ni manusia bukan haiwan! Mana boleh nak lari dari masalah n samakan dengan sume2 tu..!!"




Korang pernah terlintas nak bunuh diri x bila datang papew ujian @ masalah yang memang masalah tahap dewa? Fuhhh.. Buanglah jauh-jauh lintasan minda sedemikian.. .
Itu semua bisikan syaitan!!
Nauzubillahh.




Ingatlah..
Allah xkan bagi ujian kat mereka yang xmampu hadapi ujian tersebut.. Allah itu adil dan bukan kejam DIA tahu hamba dia mampu untuk lalui ujian yang dia beri. Kadang kala dengan ujian itulah si hamba ni nak ingat kembali kepada pencipta dia.
 Sayang Allah kat kita ni..




setiap ujian yang datang tu pasti ada hikmahnya. Dengan ujian dan masalah, seseorang itu akan menjadi lebih kuat..xnak ke jadi kuat..??
segalanya akan dapat kita selesaikan jika kita berfikiran postif n tabah melaluinya..
insyaallah..

Yang penting, jangan jadi bodoh untuk mengambil keputusan bunuh diri bagi lari dari masalah..
cyfa cakap pasal bunuh diri ni sebab sekarang ni banyak sangat kes bunuh diri. Kompem masuk neraka wooo kalau bunuh diri.huuu...


Jangan jadi macam satu watak dalam cerita Three Idiots yang bila mana projek dia tak diterima oleh Prof terus dia bunuh diri..
xgune buat camtu!!